2. Nyatakan kesan - kesan obesiti.
3. Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.
4. Tuliskan sebuah karangan bertajuk " Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri
5. Tuliskan nilai murni yang terdapat dalam petikan dan tuliskan karang satu perenggan.
Panjangnya karangan anda tidak melebihi 50 patah perkataan.
Borhan
sentiasa berselera semasa menikmati hidangan. Setiap makanan adalah sedap
baginya. Dia tidak pernah menghiraukan sama ada makanan itu manis atau
berkolesterol tinggi. Dia tetap makan sehingga benar-benar kenyang.
Borhan juga sangat malas bersenam. Dia
sering memberikan pelbagai alasan semasa
mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Baginya ,bersenam merupakan suatu bebanan.
Dia hanya duduk bersandar di tiang gol
bola sepak memerhatikan kawan-kawannya bermain . Dia langsung tidak berminat
untuk mengeluarkan peluh semasa aktiviti permainan itu.
Apabila tiba waktu rehat, Borhan
terus makan dengan gelojoh tanpa mencuci tangannya dahulu. Borhan juga banyak
menghabiskan waktu lapangnya dengan tidur. Dia kerap tidur selepas waktu
persekolahan. Rutin hariannya hanyalah makan dan tidur. Akibatnya kesihatannya
terganggu.
Borhan juga amat sukar menerima
nasihat daripada anggota keluarga atau kawan-kawannya terutamanya nasihat yang
berkaitan dengan kebersihan dan cara pemakanannya. Malah dia akan memarahi
mereka yang menasihatinya.
LATIHAN TATABAHASA
TAHUN 6
Arahan : Pilih ayat-ayat yang
menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.
1. I Padi yang hampa itu
dibuang oleh ibu.
II Ayah telah hampa
permaidani di ruang tamu.
III Rombongan peminangan itu
pulang dengan hampa.
IV Hampa kelapa sawit
boleh dijadikan makanan haiwan.
A I dan II B I
dan III
C II dan IV D III
dan IV
2. I Kenangan lama itu masih segar
dalam
ingatan.
II Masyarakat perlu segar
tentang bahaya nyamuk aedes.
III Abang kelihatan segar
apabila memakai pakaian seragam
itu.
IV Kesihatan ayah semakin segar
setelah menjalani rawatan.
A I dan
II B I
dan IV
C II dan IV D II , III
dan IV
3. I Mak Siti berasa sunyi
kerana anak-anaknya
berpindah ke bandar.
II Suasana hingar-bingar di
dalam kelas itu menjadi sunyi apabila Cikgu Badrul masuk.
III Sebagai manusia, kita
memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
IV Salim memang suka sunyi
diri di tempat yang terpencil itu.
A I dan
II B
II dan III
C I ,
II dan III D II
, III dan IV
4. I Kejelitaan ratu cantik itu
mulai luntur setelah
umurnya meningkat tua.
II Pokok bunga yang ditanam
oleh ibu telah luntur kerana kekurangan baja.
III Remaja itu luntur
daripada bahaya apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar pokok.
IV Walaupun mereka menghadapi
beberapa halangan, keazaman mereka tetap tidak luntur.
A I dan
II B I
dan IV
C II dan III D III
dan IV
5. I Karipap itu masih segar
kerana barudigoreng.
II Air sungai itu segar
kerana masih belum tercemar.
III Tubuh badan kita akan
menjadi segar apabila kita banyak bersenam.
IV Kejadian ngeri yang menimpa
keluarga kami masih segar dalam ingatan.
A I dan
II B I
dan III
C II dan IV D III
dan IV
6. I Sudah menjadi rasmi
ayam betina,bertelur
sebiji riuh sekampung.
II Perdana Menteri pergi ke
luar negara kerana menjalankan tugas rasmi.
III Setelah selesai upacara
akad nikah, maka dengan rasmi mereka bergelar suami isteri.
IV Kita hendaklah mengikut rasmi
padi , semakin berilmu semakin merendah diri.
A I dan
II B II
dan III
C I dan III D III
dan IV
7. I Telah hampir sepuluh tahun
Mak Kiah menyandang derita akibat barah.
II Anak Pak Karim menyandang
jawatan yang tertinggi di ayarikat itu.
III Tentera yang sedang
berkawat itu menyandang senapang di bahunya.
IV Sang Arnab menyandang
di perdu pokok sementara menunggu kura-kura.
A I dan
II B II
dan III
C II dan IV D III
dan IV
8. I Tiba-tiba sahaja
satu tamparanhinggap di mukanya.
II Sultan telah membina sebuah
istana hinggap di daerah itu.
III Penyakit itu telah hinggap
padanya sejak dua minggu yang lalu.
IV Burung helang itu hinggap
di atas sebatang pokok yang tinggi.
A I dan
II B I
dan III
C II dan IV D III
dan IV
9. A Baju Melayu itu ialah
bukan untukabang.
B Kotak itu ialah
dibalut oleh Cikgu Muliadi.
C Junaida ialah
jururawat di sebuah klinik swasta.
D Kamus ini ialah tebal
tetapi harganya berpatutan.
10. I Jurumudi melabuhkan
sauh sebaik-baik sahaja
kapal itu berhenti.
II Apabila kami sampai di
pantai, kami terus melabuhkan punggung di atas pasir.
III Ibu melabuhkan kain
sarung adik saya yang didapati agak singkat.
IV Furqhan melabuhkan
keretanya setelah tiba di tempat itu.
A I, II dan
III B
I, II dan IV
C II dan IV D
II , III dan IV
11. I Kertas litmus
itu bertukar warna setelah
dicelup ke dalam larut itu kerana bersifat asid.
II Walaupun hari sudah larut
malam, abang masih belum pulang dari tempat kerjanya.
III ibu memasukkan gula ke
dalam air panas yang baru mendidih supaya cepat larut.
IV Datuk membawa dua bekas kayu
api semasa pulang dari hutan.
A I dan
II B II
dan III
C I dan IV D III
dan IV
12. I Bekas luka
pada kaki Iskandar masihjelas
kelihatan.
II Encik Saufi bekas
guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Permai.
III Munirah menyuruh Faiq
menyimpan biskut itu di dalam bekas kaca yang bertutup.
IV Datuk membawa dua bekas kayu
api semasa pulang dari hutan.
A I . II dan III
B I, III dan IV
C II dan IV D
II , III dan IV
13. I Nizam terus
membara membawahatinya
yang patah itu.
II Denngan semangat yang membara
Suhaimi dapat menamatkan perlumbaan itu.
III Api kemarahannya masih membara
terhadap fitnah yang menimpa dirinya.
IV Kawasan hutan yang terbakar
itu masih membara walaupun apinya telah dipadamkan.
A I dan
II B I
dan III
C II dan III D III
dan IV
14. I Persahabatannya yang lama terjalin lumpuh akibat salah faham.
II Aktiviti perniagaan di
bandar Kota Bharu lumpuh akibat banjir.
III Bapa saudara Jailani lumpuh
akibat kemalangan jalan raya.
IV Kegiatan cetak rompak itu lumpuh
setelah pihak berkuasa melancarkan Operasi Banteras.
A I, II dan III B
I, II dan IV
C II dan IV D
II, III dan IV
15. I Ayah sering
membawa abangmemancing
di lubuk sungai itu.
II Murid-murid diasuh supaya
tidak terjebak ke dalam lubuk
gejala negatif.
III Kakak menyimpan pakaian di
dalam sebuah lubuk lama kepnyaan nenek.
IV Ibu memasukkan sup tulang ke
dalam sebuah lubuk kaca.
A I dan
II B II
dan III
C II dan IV D III
dan IV
16. I Bibir adik lekang
kerana tidak tahan dengan
cuaca yang panas amat.
II Buah rambutan yang lekang
itu mudah dimakan oleh nenek walaupun bergigi palsu.
III Pasukan Tunas Kadet Remaja
itu tidak lekang memegang peta semasa sesi Kembara hutan.
IV Adik menangis kerana kakinya
terjerlus ke dalam lekang.
A I, II
dan III B I, II
dan IV
C I, III
dan IV D
II, III
dan IV
17. I Kain sutera yang dibeli
nya sungguhhalus buatannya.
II Bawang merah itu hendaklah
ditumbuk sehingga halus.
III Tapak kasutnya menjadi halus
kerana telah lama digunakan.
IV Tulisannya sangat halus
hingga sukar untuk dibaca.
A I dan
II B I
dan III
C II dan IV D III
dan IV
18. I Sayur-sayuran di pasar
tani itu cerah semuanya.
II Anak perempuan Mak Enon berkulit
cerah.
III Cerah masa depan
kalau kita rajin berusaha.
IV Cuaca pada hari ini
sangat cerah.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I , III dan IV D
II, III dan IV
19. I Paras rupa Aznil
saling tak tumpahseperti
paras ibunya.
II Tinggi anak sulung Pak
Samad sudah sama paras dengannya.
III Paras air di sungai
tersebut telah sampai ke paras bahaya.
IV Paras badan saya
sekarang sudah turun.
A I dan II B
II dan IV
C I, II dan
III D
II , III dan IV
20. I Jalan tersebut
dinaiki air akibat hujan lebat.
II Air yang tidak boleh jalan
itu menyebabkan banjir berlaku.
III kita terpaksa mencari jalan
bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.
IV Kenderaan yang ada terpaksa
melalui jalan lain untuk meneruskan perjalanan.
A I dan
II B
I, II dan IV
C I , II dan
IV D
II , III dan IV
Tahniah..blog yang menarik..teruskan usaha cikgu mengemaskini blog ini dan lebih menarik cikgu sediakan aktiviti yg interaktif didalam blog ini agar murid2 akn selalu mengunjungi blog cikgu. :)
ReplyDeleteTrima kasih Cikgu Mohd Nushirwan Shah atas pandangan. Insyaallah akan saya cuba untuk mewujudkannya.
Delete