PANDUAN
Bahagian C merupakan bahagian yang
wajib dijawab dalam Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan. Bahagian ini
mengandungi petikan sama ada bahan prosa
(pantun, puisi
dan sajak) atau bukan prosa (cerita,
dialog, ucapan dan sebagainya). Biasanya petikan yang diberi sekitar 150 – 200
patah perkataan. Masa menjawab ialah 20 minit. Pelajar dikehendaki mencari
nilai dalam petikan diberi dan mengulas nilai yang diperoleh. Panjang ulasan
antara 50 – 60 patah perkataan. Jawapan terbaik ialah jawapan yang dapat
memberikan lima nilai atau pengajaran yang betul berserta ulasan atau contoh
yang tepat dan bersesuaian dengan petikan diberi.
3.
Bentuk Soalan
a.
Tulis lima pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
b.
Tulis lima amalan baik yang
dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
c. Tulis lima nilai positif yang dapat kamu
peroleh daripada petikan
di bawah.
·
Nota Penting
Walau pun bentuk soalan berbeza
namun kesemuanya menjurus kepada satu matlamat iaitu nilai murni
4. Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran merujuk kepada
apakah teknik yang akan digunakan bagi mengembangkan pelajarannya. Teknik
pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran yang jelas dan menarik dapat
memudahkan pelajar memahami pelajaran yang diajar. Oleh itu pengajaran perlulah
diajar secara berperingkat-peringkat daripada senang kepada yang susah. Untuk
mengajar Bahagian C agar pelajar lebih mantap menjawab Bahagian C maka beberapa kaedah boleh digunakan.
4.1 Memperkenalkan Nilai-Nilai Murni
Di peringkat awal pengajaran guru
perlu memperkenalkan dan menerapkan
nilai-nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat nilai murni utama yang
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu diketahui oleh pelajar.
Bagi memantapkan pelajar, guru perlu menerangkan nilai dan pecahannya dan
memberikan contoh dalam bentuk peristiwa bagi memudahkan murid memahami. Murid
juga digalakkan memberikan contoh sesuai dengan nilai diberi. Lihat contoh di
bawah:
NILAI-NILAI MURNI
- BERTANGGUNGJAWAB
- PRIHATIN
- BAIK
HATI
- BERDISIPLIN
- KERAJINAN
- BERTOLAK
ANSUR
- BERHATI-HATI
- BERJIMAT
CERMAT
- TOLONG-MENOLONG
- BERDIKARI
- KERJASAMA
- BERHEMAH
TINGGI
- KESEDERHANAAN
- KASIH
SAYANG
- BERSYUKUR
- KEADILAN
- RASIONAL
- KEBEBASAN
- SEMANGAT
BERMASYARAKAT
- KEBERANIAN
- HORMAT-MENGHORMATI
- KEJUJURAN
- PATRIOTISME
- KEBERSIHAN
FIZIKAL DAN MENTAL
4.2 Kaedah
Simulasi
Simulasi merupakan satu situasi
pembelajaran yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama seperti situasi yang
sebenar. Simulasi
boleh dijalankan sama ada secara sosiodrama atau main peranan. Dalam sosiodrama biasanya
skrip telah disediakan manakala
main peranan lebih kepada lakonan. Beberapa
pelajar melakonkan (main peranan) satu situasi dan minta murid menyatakan nilai
murni yang terdapat dalam lakonan tersebut. Contohnya pelajar melakonkan situasi
bersalam dengan ibu bapa. Kemudian minta pelajar menyatakan nilai murni
daripada perbuatan tersebut. Kaedah ini amat menarik pelajar kerana di samping
dapat menonjolkan bakat, pelajar juga dapat menjelmakan nilai murni yang
terdapat daripada lakonan tersebut.
4.3 Kaedah
Bercerita
Kaedah
bercerita juga boleh digunakan semasa mengajar Bahagian C ini. Cerita yang
disampaikan boleh dilakukan dalam berbagai cara. Antaranya;
i.
Guru bercerita sebuah cerita
pendek (10 minit). Selepas itu, minta pelajar berikan nilai murni atau
pengajaran yang terdapat dalam petikan. Kemudian minta pelajar mengulas nilai
murni atau pengajaran berdasarkan cerita tersebut.
ii.
Guru atau murid membaca
petikan yang disediakan manakala murid mencatat nilai murni dan pengajaran yang
diperoleh.
iii. Guru
mendengarkan rakaman cerita, drama, deklamasi puisi dan sebagainya. Murid
diminta mencatat nilai murni atau pengajaran yang diperoleh.
4.4
Menukar Nilai Negatif Kepada
Positif
Dalam petikan
diberi bagi Bahagian C ini tidak semuanya menjurus kepada nilai murni. Terdapat
bahan diberi mengandungi nilai negatif. Guru perlu menerangkan kepada murid
tentang arahan soalan yang mahukan nilai positif atau pengajaran yang diperoleh
daripada petikan. Justeru itu, pelajar perlu dilatih menukar nilai negatif
dalam petikan kepada nilai positif dan membuat ulasan berdasarkan petikan. Contoh;
Nilai
negatif
|
Nilai
positif dan ulasan
|
Ah Meng suka bercakap bohong dengan
ibunya.
|
Kita mestilah bercakap benar dengan ibu kita.
|
Muttu sangat malas menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh gurunya.
|
Kita hendaklah rajin menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan.
|
Ali suka berlagak dan sombong kerana dia anak orang berada.
|
Kita sepatutnya berhemah tinggi walaupun
kita orang berada.
|
4.5 Pengunaan Alat Bantuan Mengajar
Penggunaan
alat bantuan mengajar seperti gambar boleh digunakan bagi
mengajar
Bahagian C ini. Gambar yang ditunjukkan juga dapat memberikan mesej kepada
pelajar. Sehubungan dengan itu, dalam proses pengajaran untuk memudahkan
pelajar mencari nilai murni maka gambar boleh digunakan. Gambar yang dtunjukkan
atau diberikan boleh merupakan gambar tunggal atau gambar bersiri. Selain itu,
gambar melalui surat akhbar, majalah, kartun atau dengan melayari internet juga
boleh digunakan. Di peringkat tahap 1, proses pengajaran begini akan menarik
minat pelajar.
4.6 Menjelmakan nilai
Satu lagi teknik yang perlu diajar kepada pelajar untuk menjawab
Bahagian C ini ialah menjelmakan nilai baik yang sedia ada dalam petikan. Pelajar tidak boleh
mengambil nilai baik yang dinyatakan dalam petikan kerana jika pelajar berbuat
demikian maka pelajar tersebut dianggap menyalin semula petikan. Contohnya jika
dalam petikan ada nilai diberi ‘terima
kasih’ maka ‘terima kasih’ tidak
boleh dinyatakan dalam ulasan diberi. Nilai ‘terima kasih’ perlu dijelmakan dengan perkataan baru yang
mempunyai nilai yang sama iaitu ‘bersyukur’
atau ‘menghargai’. Di bawah
diberikan beberapa contoh nilai yang sinonim dengan nilai diberi.
terima kasih = menghargai =
bersyukur
berhati-hati = berhemah = cermat
belas kasihan =
simpati
berbudi bahasa = hemah tinggi
adil = saksama = hemah tinggi
5.
Langkah Penting Menjawab bahagian C
5.1 Baca
petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi penting
penting dan kenal pasti nilai baik berdasarkan
kehendak soalan
Pelajar
mempunyai masa yang mencukupi. Bacaan pertama adalah
untuk memahami petikan.
Bacaan kali kedua untuk mengenal pasti nilai
dan garisi ayat yang ada nilai murni dan tuliskan nilai di tepi
petikan
Contoh:
Aku anak petani.Namaku Firdaus. Walau pun hidupku
“ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.Hubungan
kekeluargaan kami masih erat. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian
kepada kami. Walaupun kami hidup susah, ibu tidak pernah mengeluh.
Harapan
ayah dan ibu ingin melihat aku berjaya. Aku membuat persediaan awal
untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Di sekolah aku sentiasa menumpukan
perhatian semasa guru mengajar. Di rumah pula, aku menyediakan jadual
waktu untuk belajar.
Kegiatan
sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan, badanku menjadi
cergas. Justeru, aku akan dapat belajar dengan selesa.
Aku
bertekad mengubah nasib keluarga aku. Untuk itu aku berjanji akan
belajar dengan gigih dan menjadi model terbaik kepada adik-adikku. Aku akan
membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang mencapai kejayaan.
5.2 Gunakan
kata ganti nama ‘kita’.
Petikan dibaca oleh pelajar dan pelajar yang dapat pengajaran
daripada petikan. Justeru
itu gunakan kata ganti nama ’Kita’
semasa
membuat ulasan.
5.3
Gunakan frasa ‘kita hendaklah’, ‘kita haruslah’,
Pelajar
boleh menggunakan rangkai kata tersebut bagi memberi
penekanan nilai atau
pengajaran yang diulas. Antara rangkai kata yang
sesuai digunakan seperti
berikut:
kita
haruslah ...
kita
hendaklah ...
kita
sepatutnya ...
kita
sewajarnya ...
kita
mestilah ...
kita
perlulah ...
Contoh ulasan : Kita sepatutnya rajin menyiapkan kerja
sekolah yang
diberi oleh guru.
5.4 Berikan lima idea penting dalam satu
perenggan
Pelajar hanya perlu mengambil lima nilai daripada petikan.
Jika ada
lebih daripada lima nilai
dalam petikan maka pelajar harus memilih lima
sahaja nilai dan ulas setiap nilai dalam satu
perenggan sahaja. Jika pelajar
menulis lebih dari lima
nilai maka hanya lima nilai awal sahaja yang
diambil kira. Pelajar yang
membina ulasan dalam bentuk berpoin, frasa
atau lebih satu perenggan tidak
akan cemerlang.
5.5 Mesti mengambil nilai atau pengajaran dan contoh
daripada
petikan sahaja.
Pelajar
perlu mengambil nilai, membuat ulasan (huraian) atau contoh
berdasarkan petikan diberi. Maksudnya ulasan
tidak boleh di luar petikan.
Ulasan di luar petikan menyebabkan pelajar
tidak akan mendapat markah
yang baik.
Contoh :
Rupa-rupanya budak itu
telah kehilangan duit. Rosman telah memberikan sebahagian wangnya
kepada budak itu.
|
Ulasan salah : Kita mestilah memberi bantuan
kerana itu adalah
amalan yang mulia.
* salah kerana ulasan di luar petikan
walaupun nilainya tepat.
Ulasan
sepatutnya : Kita mestilah memberi bantuan kewangan
kepada orang yang memerlukan pertolongan.
* Betul
kerana ulasan berdasarkan petikan .
Ulasan sepatutnya : Kita mestilah membantu orang lain seperti Rosli
yang
memberikan sebahagian wang kepada
budak itu.
* Betul
kerana ulasan mengambil contoh dalam petikan.
5.6 Jelmakan nilai yang
terdapat dalam petikan
Petikan diberi
biasanya mengandungi nilai yang tersirat (nilai tidak
dinyatakan secara terus) dan nilai tersurat
(nilai yang dinyatakan terus
dalam petikan). Nilai yang
tersirat ini memerlukan pelajar menjelmakan
nilai yang sesuai berdasarkan ayat
diberi. Bagi nilai yang tersurat pelajar
perlu menjelmakan nilai baru yang sinonim dengan nilai yang tersurat
itu.
5.6.1 Contoh petikan yang
mengandungi nilai yang tersirat:
Sang Semut sering keluar mencari makanan
untuk
kumpulannya.
|
* Nilai yang tersirat ialah rajin.
5.6.2 Contoh petikan yang mengandungi
nilai yang tersurat:
Sang Merbuk segera terbang
untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada
Sang Semut.
|
*
Dalam petikan telah terdapat nilai tersurat (sedia ada) iaitu terima kasih.
5.6.3 Menjelmakan nilai yang tersurat
Kita
perlu menjelmakan nilai yang tersurat dengan nilai baru yang
sinonim dengan nilai
tersebut. Jika tidak kita seolah-olah menyalin
semula nilai dalam
petikan dan kemungkinan besar nilai yang disalin
semula itu tidak
memberikan markah.
Contoh:
Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk
mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut
|
Nilai tersurat terima kasih gantikan dengan menghargai atau
bersyukur.
5.7 Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan ayat
Penanda
Wacana digunakan bagi menghubungkan ayat dengan ayat
yang lain agar lebih menarik.
Untuk itu pelajar boleh menggunakan penanda
wacana dalam Fomula ASSDA bagi menjawab soalan bahagian C. Antara
penanda wacana yang sesuai digunakan
ialah di samping itu, seterusnya,
selain itu dan akhirnya.
5.8 Garisi nilai yang ditulis
dalam jawapan
Garisi nilai
yang ditulis bagi memberi penekanan tentang nilai yang
dinyatakan. Selain itu ia
memudahkan pemeriksa mengenal pasti nilai yang
disampaikan.
6.
Fomula mudah
menjawab
Bagi memudahkan pelajar menjawab
bahagian C ini , satu fomula direka yang dikenali ASSDA seperti dinyatakan:
i. Antara nilai murni/pengajaran…. A
ii.
Seterusnya…………….. S
iii. Selain itu……… S
iv. Di samping itu……. D
v.
Akhirnya ………. A
|
Fomula ini memudahkan pelajar
mengingat dengan menyediakan penanda wacana yang sesuai. Pelajar cuma
memasukkan nilai dan membuat ulasan dalam lima ayat sahaja. Ini
dapat membantu pelajar daripada membuat ulasan yang panjang. Untuk memudahkan
lagi, terutama pelajar-pelajar lemah dan sederhana, masukkan frasa ‘kita
mestilah’, kita sepatutnya’, ‘kita perlulah’ selepas penanda wacana seperti
contoh disediakan:
Antara
nilai murni / pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah
…………………….........................................
…………………
. Seterusnya, kita perlulah………............................
................................................................................Selain
itu, kita mestilah……………………………….........................................................
Di
samping itu, kita sewajarnya
.............................................
….....................................Akhirnya,kita
……….............................
|
7.
Kesilapan Semasa Menjawab
7.1 Menyalin petikan
Jangan menyalin petikan. Anda dianggap
tidak menjawab tugasan dan
markah akan berada pada tahap
Pencapaian Tahap Maksima (PTM).
7.2 Meringkaskan petikan
Ada pelajar yang
mengambil sebahagian ayat atau mengambil beberapa
ayat dalam petikan dan
menyambungnya seolah-olah tidak menyalin
petikan. Ini juga tidak menepati
tugasan dan berada pada pemarkahan
Pencapaian Tahap Maksima (PTM).
7.3 Menyenarai nilai dalam bentuk poin atau
frasa
Pelajar
cuba ambil cara mudah dengan hanya menyenarai nilai dalam
bentuk poin atau frasa seperti
contoh di bawah:
1. baik hati
2.
berkerjasama
- mesti
bertanggungjawab
* Perlu
berhati-hati
Pelajar yang berbuat sedemikian dianggap
juga tidak menepati tugasan dan
berada pada pemarkahan Pencapaian
Tahap Maksima (PTM).
7.4 Ada nilai diberi tanpa
huraian
Pelajar
yang memberi nilai sahaja tanpa huraian
pemarkahannya
berada pada aras memuaskan.
Contoh:
Selain itu kita mestilah rajin. Kita juga perlu
bertanggungjawab.
7.5
Ambil nilai dalam petikan tetapi huraian luar petikan
Ada pelajar yang dapat memberi nilai
dengan tepat berdasarkan
petikan tetapi ulasan nilai di luar
petikan. Pelajar yang berbuat sedemikian
tidak boleh cemerlang
dan hanya berada
pada pemarkahan Aras
Memuaskan. Cuba lihat contoh di
bawah yang mana ulasan di luar petikan.
Ali membuat latihan
bahasa Melayu yang diberikan oleh gurunya.
|
Ulasan salah
: Kita
perlulah rajin kerana itu sikap yang
baik. (Ulasan
di luar petikan)
Ulasan tepat : Kita
perlulah rajin membuat kerja sekolah
yang
diberikan oleh guru.
7.6 Tidak menjelmakan nilai.
Pelajar
tidak dapat menjelmakan nilai. Pelajar biasanya mengambil
semula nilai yang telah ada dalam
petikan. Sepatutnya pelajar perlu
menjelmakan nilai dengan
memberi sinonim nilai yang terdapat dalam
petikan. Perhatikan contoh
di bawah :
Ali mengucapkan
terima kasih kepada Abu yang membantunya mengangkat mejanya.
|
Salah :
Kita perlulah mengucapkan
terima kasih kepada
rakan yang membantu kita.
Betul : Kita perlulah menghargai bantuan yang diberikan
oleh orang lain kepada kita.
7.7
Mengulang nilai atau idea
Pelajar tidak perlu mengulang idea yang
sama walau pun dalam
petikan mengandungi nilai yang sama bagi
aktiviti berbeza.
Pengulangan nilai atau idea
yang sama tidak memberi apa-apa markah.
Oleh itu, pastikan hanya
lima idea yang berlainan sahaja diulas.
8.
Bentuk Ulasan Bahagian C
8.1 Bentuk Ulasan
Terdapat
dua cara yang tepat untuk menjawab soalan Bahagian C ini
menggunakan fomula ASSDA seperti yang telah
dijelaskan pada para 5 .
Dua cara tersebut ialah:
i. Memberi
nilai dan membuat ulasan berdasarkan petikan.
Contoh:
Farid
baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur menolong ibunya
menghidang makanan tengah hari.
|
Nilai
: membantu
Ulasan : Kita mestilah membantu ibu menghidangkan makanan
di
dapur bagi meringankan kerja ibu.
ii. Memberi
nilai dan mengambil contoh yang terdapat dalam
petikan.
Contoh:
Farid
baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur menolong ibunya
menghidang makanan tengah hari.
|
Nilai
: membantu
Ulasan
: Kita mestilah membantu ibu seperti Farid yang menolong
ibunya menghidang
makanan tengah hari.
* Pelajar boleh memilih salah satu cara menjawab
mengikut kesesuaian.
Di bawah ini diberikan
sepenuhnya contoh menjawab bahagian C
menggunakan kedua-dua cara
yang telah diberikan.
9. Contoh Membuat Ulasan Bahagian
C
Tulis lima
nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk
kumpulannya. Sang
Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Pada
suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh
ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu
segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut
berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat
seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut
segera mengiggit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar.
Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan
terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan
Sang Merbuk bersahabat baik.
UPSR 2009
Nilai yang diperoleh dalam petikan
-
rajin -
bertindak pantas / bijak
-
bersungguh-sungguh - membalas / mengenang budi
-
tekun / berusaha / berdisiplin - berhemah /
menghargai
-
berhati-hati - setiakawan / hubungan baik
-
membantu / menolong / baik hati - berani / rasional
-
prihatin / belas kasihan
Contoh Ulasan Bentuk 1 (Ulasan Berkaitan Petikan)
Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin mencari rezeki
untuk keluarga kita. Seterusnya kita perlulah tekun berusaha apabila
menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu, kita sepatutnya menolong
orang lain yang memerlukan pertolongan. Di samping itu, kita perlulah bertindak
pantas untuk menyelamatkan diri daripada bahaya. Akhirnya, kita haruslah menghargai
pertolongan orang lain dengan mengucapkan terima kasih.
Contoh
Ulasan Bentuk 2 (Ulasan Mengambil Contoh Dalam Petikan)
Antara
nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin membuat kerja seperti
Sang Semut menjalankan tugas yang diberikan. Seterusnya kita perlu berhati-hati
agar tidak jatuh ke dalam sungai seperti Sang Semut. Selain itu, kita perlu tolong
menolong seperti Sang Merbuk yang menjatuhkan daun untuk Sang Semut
berpaut. Di samping itu, haruslah membalas budi seperti Sang Semut
membantu Sang Merbuk daripada ditembak pemburu. Akhirnya, kita menghargai
pertolongan orang lain seperti Sang Merbuk yang mengucapkan terima kasih kepada
Sang Semut.