Friday, 2 November 2012
Tugasan Assignment
Secara individu, pelajar dikehendaki
membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang
dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.
Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.
Pilihan matapelajaran hendaklah
berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.
Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor
matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah
aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.
Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota,
soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5.
Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru
yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.
Sediakan pautan kepada laman sosial dan
repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi
dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah dihantar melalui
Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan
kriteria berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
|
15%
|
Senireka blog dan kreativiti
|
10%
|
Pandangan dan Komen daripada pelawat blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|
Subscribe to:
Posts (Atom)