PENGENALAN
Ø Bahasa Melayu Kertas 2 (012) dalam
bentuk ujian subjektif.
Ø
Terdapat
lima soalan
yang akan dikemukakan kepada calon iaitu
Bahagian A (1 soalan), Bahagian B (3 soalan) dan Bahagian C (1 soalan)
Ø
Calon
hanya perlu menjawab 3 soalan sahaja iaitu setiap bahagian 1 soalan sahaja .
Ø Sebanyak 60 markah diperuntukkan iaitu Bahagian
A (10 markah), Bahagian B (30
markah) dan Bahagian C (20 markah).
Ø
Jenis
item yang diuji ialah dalam bentuk respon terhad bagi bahagian A dan C, manakala respon terbuka untuk Bahagian B.
Ø Pemarkahan secara holistik berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
BAHAGIAN A
Ø Gambar terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, pelan,
kitaran dan peta.
Ø Calon perlu meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø
Bina
ayat dengan menggunakan nombor.
Ø
Masa
yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.
Ø Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah.
Tulis
|
|
Langkah 1: Memahami dan meneliti gambar
Ø Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø Rangka idea seperti siapa / apa / di mana /bila / mengapa berdasarkan gmbar.
Langkah 2: Baca dan cari kunci
soalan
Ø
Baca
keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.
Ø Kunci soalan bagi soalan perbincangan ini ialah sama ada tentang aktiviti, tentang gambar atau
tentang situasi.
Oleh
itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan merujuk maklumat yang
terdapat dalam gambar.
Langkah 3: Bina rangka ayat.
Ø Tulis perkataan yang sesuai tentang gambar
Ø
Digalakkan
calon menulis pada gambar berkenaan agar tidak terpesong atau idea berulang.
Contoh: 1. tiga murid – menyapu sampah
2. murid - menyusun hadiah
3. guru lelaki – menggantung
kain rentang
4. guru lelaki – mengangkat
rostrum
5. murid lelaki – menyusun sofa
Langkah 4: Bina lima ayat lengkap
Ø
Tulis
lima ayat
sahaja berdasarkan rangka ayat.
Ø
Setiap
ayat dicadangkan mempunyai nombor.
* Jumlah kesemua ayay
yang dibina digalakkan lebih daripada 30 patah perkataan.
Murid menulis ayat lengkap dan
bukan ayat mudah.
Jawapan contoh:
1. Tiga orang murid lelaki
sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik.
2.
Beberapa orang murid
perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja.
3.
Beberapa orang guru
lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan.
4. Dua orang guru lelaki
sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan
nanti.
5.
Dua orang murid
lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas.
Langkah 5: Menyemak
Ø
Selepas
menulis jawapan, semak struktur ayat,
penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.
Ø Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar.
Ø Pastikan membina ayat gramatis.
No comments:
Post a Comment