NOTA BAHASA


KATA PEMERI

  1. Kata pemeri ialah kata yang menceritakan subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
  2. Terdapat tiga jenis kata pemeri iaitu:
a)                   ialah
b)                   adalah
c)                   merupakan

Kata Pemeri
Penggunaan
Contoh Ayat
Ialah
  • Digunakan untuk menghubungkan benda (subjek) dengan kata nama atau frasa nama
  • Subjek dan predikat merujuk kepada perkara yang sama
  • Subjek dan predikat boleh bertukar tempat (songsang)
-          Bapa saya ialah seorang guru.
-          Bangunan itu ialah Muzium Negara
Adalah
  • digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
  • Merupakan huraian lebih lanjut tentang yang disebut sebelumnya.
-          Warna kereta ayah adalah biru.
-          Buku cerita ini adalah untuk hadiah hari lahir adik.
-          Adalah dimaklumkan bahawa ( salah )

Merupakan
  • Kata merupakan mempunyai fungsi yang sama dengan kata pemeri ialah
-          Bapa saya ialah seorang guru,
-          Bapa saya merupakan  seorang guru.


Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai

  1. Rumah yang berwarna biru itu _________________ rumah saya.
  2. Berlian _____________sejenis batu yang paling keras di dunia.
  3. Surat itu _____________ daripada kakak saya.
  4. Ketinggian bangunan itu ______________ 120 meter.
  5. Cikgu Faizal ________________ guru di sekolah saya.
  6. Antara sebab utama pelajar melepak _______________ pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.
  7. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka _____________ pada zaman Tun Perak.


PENGGUNAAN KATA PENGUAT DALAM KATA ADJEKTIF

Pembentukan frasa adjektif boleh disertai dengan penggunaan kata penguat yang diletakkan sama ada  sebelum ataupun selepas kata adjektif. Terdapat  tiga jenis kata penguat dalam adjektif iaitu:

a. Kata penguat hadapan perlu diletakkan sebelum adjektif dan tidak boleh diletakkan selepas kata
    adjektif.    
  • terlalu rajin 
  • paling pintar   
  • agak besar

b. Kata penguat ini boleh diletakkan  selepas kata adjektif.
  • jauh betul                                                                                    suka benar
  • indah nian                                                                                   jahat sekali

c. Kata penguat bebas
    Kata penguat ini boleh diletakkan sama ada sebelum ataupun selepas kata adjektif
  • sungguh pintar                                                                             pintar sungguh
  • amat besar                                                                                  besar amat
  • sangat tinggi                                                                                tinggi sangat

Dua kata penguat boleh digabungkan bersama dengan syarat digunakan beriringan sebelum kata adjektif ataupun salah satunya penguat bebas

·         sungguh amat nyaring                                                            terlalu amat sukar
·         sungguh kurang sopan                                                           sungguh cantik sekali

Betulkan kesalahan ayat di bawah

  1. Makanan itu begitu enak sekali.
       _______________________________________________________________

  1. Pesisir pantai Morib terlalu indah nian  pada waktu senja.
             _______________________________________________________________

  1. Pelajar itu paling pintar sekali di dalam kelasnya.
      _______________________________________________________________

  1. Jepun merupakan negara yang terlalu maju sekali di dunia.
             _______________________________________________________________

  1. Dia merupakan pelajar yang tergemuk sekali di kelasnya.
             _______________________________________________________________

  1. Ciptaannya merupkan ciptaan yang amat tercanggih di kalangan saintis.
             _______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment