ANEKA LATIHAN


1. Nyatakan kepentingan sayur-sayuran dengan kesihatan tubuh badan manusia

2. Nyatakan kesan - kesan obesiti.

3. Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.




4. Tuliskan sebuah karangan bertajuk " Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri

5. Tuliskan nilai murni yang terdapat dalam petikan dan tuliskan karang satu perenggan.
    Panjangnya karangan anda tidak melebihi 50 patah perkataan.



Borhan sentiasa berselera semasa menikmati hidangan. Setiap makanan adalah sedap baginya. Dia tidak pernah menghiraukan sama ada makanan itu manis atau berkolesterol tinggi. Dia tetap makan sehingga benar-benar kenyang.

Borhan juga sangat malas bersenam. Dia sering memberikan pelbagai alasan  semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Baginya ,bersenam merupakan suatu bebanan. Dia hanya duduk bersandar di  tiang gol bola sepak memerhatikan kawan-kawannya bermain . Dia langsung tidak berminat untuk mengeluarkan peluh semasa aktiviti permainan itu. 

            Apabila tiba waktu rehat, Borhan terus makan dengan gelojoh tanpa mencuci tangannya dahulu. Borhan juga banyak menghabiskan waktu lapangnya dengan tidur. Dia kerap tidur selepas waktu persekolahan. Rutin hariannya hanyalah makan dan tidur. Akibatnya kesihatannya terganggu.
            Borhan juga amat sukar menerima nasihat daripada anggota keluarga atau kawan-kawannya terutamanya nasihat yang berkaitan dengan kebersihan dan cara pemakanannya. Malah dia akan memarahi mereka yang menasihatinya.




LATIHAN TATABAHASA
TAHUN 6

Arahan :  Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1.       I       Padi yang hampa itu dibuang oleh ibu.
II     Ayah telah hampa permaidani di ruang tamu.
III    Rombongan peminangan itu pulang dengan hampa.
IV   Hampa kelapa sawit boleh dijadikan makanan haiwan.

A     I   dan   II                               B     I  dan  III
C     II  dan IV                               D     III  dan  IV

2.       I       Kenangan lama itu masih segar dalam
ingatan.
II     Masyarakat perlu segar tentang bahaya nyamuk aedes.
III    Abang kelihatan segar apabila memakai  pakaian  seragam  itu.
IV   Kesihatan ayah semakin segar setelah menjalani  rawatan.

A     I   dan   II               B     I  dan  IV
C     II  dan IV               D     II  ,  III  dan  IV

3.       I      Mak Siti berasa sunyi kerana anak-anaknya berpindah ke bandar.
II     Suasana hingar-bingar di dalam kelas itu menjadi sunyi apabila Cikgu Badrul masuk.
III    Sebagai manusia, kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
IV   Salim memang suka sunyi diri di tempat yang terpencil itu.

A     I   dan   II                  B     II  dan  III
C     I ,  II  dan III            D     II  ,  III  dan  IV


4.       I      Kejelitaan ratu cantik itu mulai luntur     setelah umurnya meningkat tua.
II     Pokok bunga yang ditanam oleh ibu telah luntur kerana kekurangan baja.
III    Remaja itu luntur daripada bahaya apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar pokok.
IV   Walaupun mereka menghadapi beberapa halangan, keazaman mereka tetap tidak luntur.

A     I   dan   II                               B     I  dan  IV
C     II  dan III                               D     III  dan  IV

5.       I      Karipap itu masih segar kerana barudigoreng.
II     Air sungai itu segar kerana masih belum tercemar.
III    Tubuh badan kita akan menjadi segar apabila kita banyak bersenam.
IV   Kejadian ngeri yang menimpa keluarga kami masih segar dalam ingatan.

A     I   dan   II                               B     I  dan  III
C     II  dan IV                               D     III  dan  IV

6.       I      Sudah menjadi rasmi ayam betina,bertelur sebiji riuh sekampung.
II     Perdana Menteri pergi ke luar negara kerana menjalankan tugas rasmi.
III    Setelah selesai upacara akad nikah, maka dengan rasmi mereka bergelar suami isteri.
IV   Kita hendaklah mengikut rasmi padi , semakin berilmu semakin merendah diri.

A     I   dan   II                               B     II  dan  III
C     I  dan III                                D     III  dan  IV






7.       I      Telah hampir sepuluh tahun Mak  Kiah menyandang derita akibat barah.
II     Anak Pak Karim menyandang jawatan yang tertinggi di ayarikat itu.
III    Tentera yang sedang berkawat itu menyandang senapang di bahunya.
IV   Sang Arnab menyandang di perdu pokok sementara menunggu kura-kura.

A     I   dan   II                               B     II  dan  III
C     II  dan IV                               D     III  dan  IV

8.       I      Tiba-tiba    sahaja    satu      tamparanhinggap di mukanya.
II     Sultan telah membina sebuah istana hinggap di daerah itu.
III    Penyakit itu telah hinggap padanya sejak dua minggu yang lalu.
IV   Burung helang itu hinggap di atas sebatang pokok yang tinggi.

A     I   dan   II                               B     I  dan  III
C     II  dan IV                               D     III  dan  IV

9.       A    Baju Melayu itu ialah bukan untukabang.
B     Kotak itu ialah dibalut oleh Cikgu Muliadi.
C     Junaida ialah jururawat di sebuah klinik swasta.
D     Kamus ini ialah tebal tetapi harganya berpatutan.

10.   I      Jurumudi melabuhkan sauh sebaik-baik sahaja kapal itu berhenti.
II     Apabila kami sampai di pantai, kami terus melabuhkan punggung di atas pasir.
III    Ibu melabuhkan kain sarung adik saya yang didapati agak singkat.
IV   Furqhan melabuhkan keretanya setelah tiba di tempat itu.
A     I, II   dan   III                  B    I, II  dan  IV
C     II  dan IV                         D    II , III  dan  IV

11.   I       Kertas  litmus  itu  bertukar warna setelah dicelup ke dalam larut itu kerana bersifat asid.
II     Walaupun hari sudah larut malam, abang masih belum pulang dari tempat kerjanya.
III    ibu memasukkan gula ke dalam air panas yang baru mendidih supaya cepat larut.
IV   Datuk membawa dua bekas kayu api semasa pulang dari hutan.

A     I   dan   II                               B     II  dan  III
C     I  dan IV                                D     III  dan  IV

12.   I      Bekas  luka  pada  kaki  Iskandar masihjelas kelihatan.
II     Encik Saufi bekas guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Permai.
III    Munirah menyuruh Faiq menyimpan biskut itu di dalam bekas kaca yang bertutup.
IV   Datuk membawa dua bekas kayu api semasa pulang dari hutan.

A     I . II  dan  III                  B     I, III  dan  IV
C     II  dan IV                        D     II , III  dan  IV

13.   I      Nizam  terus   membara      membawahatinya yang patah itu.
II     Denngan semangat yang membara Suhaimi dapat menamatkan perlumbaan itu.
III    Api kemarahannya masih membara terhadap fitnah yang menimpa dirinya.
IV   Kawasan hutan yang terbakar itu masih membara walaupun apinya telah dipadamkan.

A     I   dan   II                               B     I  dan  III
C     II  dan III                               D     III  dan  IV


14.   I      Persahabatannya  yang  lama   terjalin  lumpuh akibat salah faham.
II     Aktiviti perniagaan di bandar Kota Bharu lumpuh akibat banjir.
III    Bapa saudara Jailani lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
IV   Kegiatan cetak rompak itu lumpuh setelah pihak berkuasa melancarkan Operasi Banteras.

A     I, II   dan  III                     B    I, II  dan  IV
C     II  dan IV                           D    II, III  dan  IV

15.   I      Ayah    sering     membawa     abangmemancing di lubuk sungai itu.
II     Murid-murid diasuh supaya tidak terjebak  ke dalam lubuk gejala negatif.
III    Kakak menyimpan pakaian di dalam sebuah lubuk lama kepnyaan nenek.
IV   Ibu memasukkan sup tulang ke dalam sebuah lubuk kaca.

A     I   dan   II                               B     II  dan  III
C     II  dan IV                               D     III  dan  IV

16.   I      Bibir adik lekang kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas amat.
II     Buah rambutan yang lekang itu mudah dimakan oleh nenek walaupun bergigi palsu.
III    Pasukan Tunas Kadet Remaja itu tidak lekang memegang peta semasa sesi Kembara hutan.
IV   Adik menangis kerana kakinya terjerlus ke dalam lekang.

A     I,  II   dan   III               B     I, II  dan  IV
C     I,  III  dan IV                 D     II,  III  dan  IV

17.   I      Kain sutera yang dibeli nya sungguhhalus buatannya.
II     Bawang merah itu hendaklah ditumbuk sehingga halus.
III    Tapak kasutnya menjadi halus kerana telah lama digunakan.
IV   Tulisannya sangat halus hingga sukar untuk dibaca.

A     I   dan   II                               B     I  dan  III
C     II  dan IV                               D     III  dan  IV

18.   I      Sayur-sayuran di pasar tani itu cerah semuanya.
II     Anak perempuan Mak Enon berkulit cerah.
III    Cerah masa depan kalau kita rajin berusaha.
IV   Cuaca pada hari ini sangat cerah.

A     I, II   dan   III                  B     I, II  dan  IV
C     I , III  dan IV                   D     II, III  dan  IV

19.   I       Paras rupa Aznil saling tak tumpahseperti paras ibunya.
II     Tinggi anak sulung Pak Samad sudah sama paras dengannya.
III    Paras air di sungai tersebut telah sampai ke paras bahaya.
IV   Paras badan saya sekarang sudah turun.

A     I   dan   II                          B    II  dan  IV
C     I,  II  dan III                     D    II , III  dan  IV

20.   I       Jalan tersebut dinaiki air akibat hujan lebat.
II     Air yang tidak boleh jalan itu menyebabkan banjir berlaku.
III    kita terpaksa mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.
IV   Kenderaan yang ada terpaksa melalui jalan lain untuk meneruskan perjalanan.

A     I   dan   II                         B     I, II  dan  IV
C     I ,  II  dan IV                   D     II , III  dan  IV













2 comments:

  1. Tahniah..blog yang menarik..teruskan usaha cikgu mengemaskini blog ini dan lebih menarik cikgu sediakan aktiviti yg interaktif didalam blog ini agar murid2 akn selalu mengunjungi blog cikgu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih Cikgu Mohd Nushirwan Shah atas pandangan. Insyaallah akan saya cuba untuk mewujudkannya.

      Delete